1) Masuk Department atau Company Handle Offshore Business
Benda pertama sekali korang kena tahu ialah area mana yang handle projek Offshore? Sebab tak semua company yang ada projek offshore. Kalau company dan department tu handle projek banyak downstream atau bukan Oil and Gas, maka tak dapatlah pergi offshore.
Lagi satu korang kena tahu Oil and Gas ni besar, dan kalau sebut nak kerja offshore je, still SANGAT LUAS! Orang akan tanya, nak keje bahagian mana?
Nak tahu bahagian mana, boleh search Shell Degree Matcher website. Kt sini dia cerita position apa sesuai ikut education korang
https://www.shell.com/careers/about-careers-at-shell/degree-matcher.html
Tekan “All” dan pilih kursus anda nak – misalnya “Chemical Engineering”. jangan risau! semua kursus pun ada di sini termasuk finance, lawyer dan logistics!

dan poof!
Dapat kluar list macam2 di sini – seperti Pipeline Engineer, Subsea Engineer, Drilling, Turnaround Planning dan lain-lain

2) Next Step ialah Cek Qualifications dan Sijil Diperlukan untuk position tersebut
Macamana nak cari apa qualification dia? Gunalah Iklan Vacancy sebagai Reference!
Example awak nak jadi Pipeline Engineer – jom kita cari iklan vacancy apa kena ada sebagai Pipeline Engineer

Kalau tengok di atas awak kena ada:
- Software Primavera
- Sijil API / ASME / ANSI standards
jadi anda kena cari pula kursus-kursus di atas untuk anda letak dalam resume anda!
Mana nak cari kursus2 ni? bole refer pada META (Senarai Kursus Primavera/API dan lain2)

3) Cari company Oil & Gas Malaysia yang buat kerja kat Offshore
Kalau tips no 1 tu kita nak kenal dlu bahagian mana kita nak masuk. Tips kedua ni pula lebih details, siapa player2 dalam bahagian tersebut. Kalau nak tahu banyak tau! Operator ke Contractor ke EPCC ke, Fabricator ke, Consultant ke… Haa pening2
Lek2, Tips dia senang je, tengok MPRC list lepastu carilah yang related dengan Offshore.
Contoh kita nak masuk bahagian Asset Maintenance, Jenis Company korang boleh ceburi termasuk:
– Lab Services
– Maintenance Piping
– Maintenance Valves
– Maintenance Rotating
– Maintenance Static
– Fabrication & Repair
– HSSE
– Asset Integrity Services
– Inspection API
– Marine Vessel Services
Dan macam-macam lagi
Lepas tu, korang akan nampak beratus2 company ada untuk setiap bahagian ni tau! Haa tak ke da senang kerja kita? MPRC List tu memang terbaik kalau korang da bukak.
https://www.mprc.gov.my/publication

4) Apply Job Field Related & Project Related
Macam yang kita tahu, position kerja field akan pergi offshore. Position lain ada jugak tapi tak selalu & case by case basis. Position yang biasa kena g offshore termasuk Field Engineer, Service Engineer, Maintenance, Instrument, Geoscientist, Petrophysicist, Lab Chemist, Process Engineer, Drilling Engineer etc. Selain tu Project Engineer juga selalu juga kena g offshore.
Kalau korang kerja yang bukan field, less chance untuk korang ke offshore. Jadi cek dlu Job Requirements dan Job Scope dia, ada tak related dengan field.
5) Pastikan Resume kita Power!
Dengar macam cliche tapi nilah hakikatnya. Pergi belajar teknik buat resume yang outstanding. Pastu kena banyakkan highlight skill teknikal yang relevan dengan syarikat & bidang. Sekarang ni, softskill leadership & communication macam jadi skill yang common. So apa skill lain yang lebih dipandang tinggi oleh majikan?
Haa.. apa lagi kalau bukan Skill Teknikal. Jadi kena banyakkan skill teknikal & highlight dalam resume. Macam mana nak cari skill teknikal? Tengok tips seterusnya

Nak Belajar Buat Resume ? Klik di sini
6) Kenali Teknik nak Dapat Interview
Resume kita power super saiya pun, kena tahu jugak teknik nak pastikan orang yang betul kenal dan ‘nampak’ resume kita. Belajar jugak teknik Linkedin. Bukan sekadar update & bukak setahun sekali. Kena connect dengan decision maker like manager & director syarikat tu. Lepas tu contact diorang melalui PM Linkedin / Email

Nak Belajar Job Hunting Dapat Interview Dalam Masa Seminggu? Klik Di Sini
7) Banyakkan Sijil Teknikal Yang Related dengan bidang kita nak apply
Contoh untuk Mechanical background:
Sijil macam Fundamentals of Offshore Operations, Introduction to Oil and Gas ,API 510 Pressure Vessel, API 570 Piping, ASME, IWCF, Operation & Maintenance related. Skill ni valueable sebab :
1) Related dengan kerja, mudahkan & pastikan kerja dilakukan dengan betul &vefisien
2) Company boleh save kos kalau ada benda kita buat silap sebab tak tahu
3)Company boleh terus hire & expect faster results sebab training basic dah ada, boleh jalan cepat macam dah experienced. Wow!
Kesimpulan yang boleh kita cakap, peluang offshore ni sentiasa ada, kena kenal lubuk dulu seperti connect dengan Decision Maker.
Nak tahu lagi tak steps2 seterusnya? Jom Join Seminar Kerjaya Mega Oil and Gas
Klik link di bawah untuk maklumat lanjut:





