Ranking Laluan Oil & Gas Kritikal Dunia (#ASEAN No 1)
- Selat Melaka – Malaysia
Jumlah: 23.7 juta tong sehari (2023)
Kepentingan: Laluan utama minyak dari Timur Tengah ke Asia Timur (China, Jepun, Korea)
Kepentingan Selat Melaka:
Selat Melaka ni literally ‘bottleneck’ untuk semua kapal tangki nak ke Asia Timur.
Kalau kapal dari Saudi nak hantar minyak ke Shanghai, Tokyo atau Busan – 95% akan lalu sini.
Apa jadi kalau tutup?
- Kapal terpaksa pusing jauh ke Selat Lombok/Makassar → lebih 1,000km tambahan
- Kos freight naik
- Delay & panic buying minyak di pasaran spot
- Malaysia terjejas sebab pelabuhan kita (Klang, Pengerang) kena tempias
- Selat Hormuz
Jumlah: 20.9 juta tong sehari (2023)
Kepentingan: Lebih 90% eksport minyak Teluk Arab keluar ikut sini
Kenapa penting:
Ni chokepoint paling “drama” dalam dunia minyak. Iran selalu ugut nak tutup bila bergaduh dengan US/Israel. Semua minyak dari Saudi, Iraq, UAE, Qatar keluar ikut sini dulu — baru sambung ke Suez/Melaka. - Suez Canal + SUMED Pipeline
Jumlah: 8.8 juta tong sehari
Kepentingan: Laluan antara Teluk ke Eropah & US East Coast - Bab el-Mandeb
Jumlah: 8.6 juta tong sehari
Kepentingan: Laluan dari Suez ke Laut Arab, wajib lalu sini - Selat Denmark (Danish Straits)
Jumlah: 4.9 juta tong sehari
Kepentingan: Laluan keluar masuk ke Laut Baltik (Russia → Eropah) - Selat Panama
Jumlah: ±0.5 juta tong sehari
Kepentingan: Menghubungkan Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik — laluan penting untuk kapal dari Amerika Syarikat (Gulf Coast) ke Asia dan Amerika Selatan.
Nak belajar cara nak dapat kerja oil and gas?
Join di sini
https://linktr.ee/oilandgasmeta





