12 Lubuk Kerja Kosong Oil and Gas

Date

12 LUBUK KERJA KOSONG OIL AND GAS!

Upstream:

1. Exploration

2. Drilling

3. Production

4. Maintenance

Upstream ni adalah peringkat pertama dalam sektor minyak dan gas. Fokusnya adalah mencari dan mengambil minyak serta gas yang tersembunyi dalam tanah dan lautan. Tahap ini penuh cabaran sebab dorang kena cari tempat yang ada kawasan berpotensi untuk ada deposit minyak dan gas.

Proses di sektor hulu ni bermula dengan aktiviti kajian geologi dan geofizik. Pakar-pakar geologi akan study tanah dan batuan bawah tanah untuk cari petunjuk tentang kemungkinan ada minyak dan gas di situ. Kemudian, pakar geofizik pula guna teknologi seperti seismic surveys untuk dapatkan gambaran lebih jelas tentang lapisan bawah tanah yang berpotensi mengandungi minyak dan gas.

Selepas kaji selidik dilakukan, syarikat-syarikat dalam hulu akan bergerak ke tahap drilling. Mereka akan drill lubang dalam tanah atau lautan untuk mencapai lapisan yang ada minyak dan gas. Kalau berjaya, minyak dan gas akan naik sendiri ke permukaan akibat tekanan bawah tanah.

Contoh syarikat dalam sektor hulu di Malaysia adalah Petronas, Shell, dan ExxonMobil. Mereka ada kepakaran dan teknologi yang canggih untuk mencari minyak dan gas dalam hulu ni.

Midstream (Tengah):

6. Gathering

7. Processing

8. Transportation

9. Storage

Lepas minyak dan gas dah ditemui dalam sektor hulu, tiba pula peringkat tengah, atau midstream. Midstream ni lebih fokus pada pengangkutan, penyimpanan, dan pemprosesan minyak dan gas yang dah ditemui.

Pertama, minyak dan gas perlu diangkut dari kawasan pengeluaran (biasanya di lepas pantai) ke tempat yang lebih strategik seperti stesen-stesen penyimpanan dan rafineri. Proses pengangkutan ni biasanya melibatkan kapal-kapal tangki, pelayaran laut, atau paip gas yang besar.

Bila dah sampai di stesen penyimpanan atau rafineri, minyak dan gas disimpan sementara waktu sebelum diproses lebih lanjut. Stesen-stesen penyimpanan ni penting sebab boleh menyediakan bekalan minyak dan gas secara berterusan walaupun ada gangguan pengeluaran.

Untuk gas, biasanya ia akan disimpan dalam bentuk cecair (Liquefied Natural Gas – LNG) supaya lebih mudah diangkut.

Contoh syarikat dalam sektor tengah di Malaysia adalah Petronas Gas. Mereka terlibat dalam aktiviti pengangkutan dan penyimpanan gas.

Downstream (Hilir):

10. Refinery

11. Manufacturing/Petrochemicals

12. Marketing and Distribution

Now, sampai dah kat hilir, atau downstream, proses minyak dan gas ni dah nak dekat habis dah. Pada peringkat hilir, minyak dan gas yang telah ditemui dan diolah diubah menjadi pelbagai produk yang korang guna dalam kehidupan harian.

Di rafineri, minyak digunakan dalam proses pemisahan (distilasi) untuk hasilkan produk seperti petrol, diesel, gasoil, jet fuel, dan pelbagai jenis minyak masak. Kemudian, hasil dari rafineri ni akan dihantar ke kilang-kilang atau stesen minyak yang lebih kecil untuk dijual kepada orang ramai.

Bagi gas, ia akan dihantar ke kilang pemprosesan (processing plants) untuk dibersihkan daripada bahan-bahan lain dan disimpan sebagai gas domestik (natural gas) atau dijadikan LNG untuk dijual di pasaran antarabangsa.

Contoh syarikat dalam sektor hilir di Malaysia adalah Petronas Refinery, Shell Refinery, dan Hengyuan Refining Company. Mereka bertanggungjawab dalam memproses minyak mentah menjadi produk yang korang guna setiap hari.

Namun, adakah cukup sekadar kenal syarikat Oil and Gas untuk bantu dapat kerja ? Belum tentu bro!

Ni baru salah satu daripada banyak steps nak dapat kerja oil and gas! Kalau korang nak belajar lagi details, Join Kelas Kami di sini

More
articles